Pieces
Posted by Chie at 4:32 PMFrom the moment that we met
My world was turned around
Upside down
To some degree I still regret
My memory for keeping you around
Girl I thought that you were mine
But my broken hearts been shattered
One too many times
And I don't want to see you anymore
I'm just not that strong
I love it when you're here,
But I'm better when you're gone
I'm certain that I've given and oh how you can take
There's no use in you looking
There's nothing left for you to break
Baby please release me
Let my heart rest in pieces
Someone let you down again
So you turn to me
Your convenient friend
Oh but I know what you're doing
And what you hope to find
I've seen it a thousand times
Oh the fire we had before
Are now just bitter ashes
Left scattered on the floor
TINGKATKAN DAYA INGATAN
Posted by Chie at 12:57 PMSebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
##Sia pun mau cuba la kunun..
siaaaaa skg ni mmg pelupaaaaaaa!!!!huhu
Cintaku Tertinggal Di Malaysia
Posted by Chie at 10:38 AMTak pernah ku sangka
Jauh dari kamu
Membuat aku menderita
Sejak pertama bertemu denganmu
Di negara mu yang indah
Aku di sini mengenang kamu
Meski aku tak lagi sendiri
Ku mulai fikir tuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta
(Korus)
Duhai kekasihku
Cintaku tertinggal di Malaysia
Haruskah ku kembali untuk bersamamu
Duhai kekasihku
Haruskah ku tinggalkan semuanya yang ku miliki
Untuk hidup bersamamu
Mungkinkah kamu cinta terakhirku
Mungkinkah kamu cinta matiku
Ku mulai berfikir untuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta
(Ulang korus)
Untuk ku serahkan hidupku
Untuk ku serahkan matiku
Keyakinan untuk
Kekuatan untuk
Kesungguhan untuk
Bisa tinggalkan semua untukmu
Kenapa Mengapa dan bagaimana ia terjadi?
Posted by Chie at 9:26 PMSa pun xfaham kenapa jadi mcm ni. Tapi apa yang pasti sa tetap dgn keputusan sa. Sa minta maaf dgn suma org yang mengenali n tau pasal sa..sa minta maaf banyak2. Cuba bayangkan kalo kamu yang berada dalam situasi sa… adakah kamu akan paksa diri sendiri utk melakukan sesuatu yang xmungkin akan berhasil?
Sa mengaku sa selfish tapi ni utk kebaikkan diri sa juga. Sebelum ni sa sllu fikir n sa jaga hati orang lain. Kali ni biarlah sa jaga hati sa,kasi makan,kasi mandi suma..kui3..wakakaka
Sa minta maaf..
Itu saja yang mampu sa ungkapkan..
**Rasa mcm mau menangis tapi xboleh..Jiwa kosong.Miss HIM.Lama sudah xp church.huhu.badusa sia ni.adidiii
**Aku bukan untukmu..
Bah..Adios Amigos..
Doakan sia kunun ah..Amin..
=)


.jpg)
