Wednesday, August 25, 2010

Tetapkan pendirianmu kawang =]

Kadang-kadang sahabat bagaikan duri yang bisa melukakan diri kita. Ooo sahabat..
Mengapa,kenapa,bagaimana? Hmm..


Sahabat yang baik akan ;


ÿ Memulakan memberi salam apabila bertemu.
 Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
ÿ Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
 Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati. 
ÿ Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
 Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
ÿ Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 
 Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka.  
ÿMemberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
 Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  s. 
ÿ Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 
 Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.[ Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.] 
ÿ Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh.  Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.
 Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.
ÿ Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
 Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.  Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.
ÿ Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.
 Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.. 
ÿ Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita. 
 Sentiasa mendoakannya.  Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
ÿMenziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.
 Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.
Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat.


Notakaki;
Someone, tetapkan pendirianmu..Kemarin ko cakap 1. Hari ni ko cakap 2. Esok ko cakap 3. Mana satu yang betul ni? I seriously can't get u! 
I respect u cuz u're older than me. U're good sista. 
But u make me confused + xtenang.. Jiwa Kacau.
Tetapkan pendirianmu kawang.
I've been with u since last year. I know u a bit.I've been trying to reconciled with u but it doesn't work at all.
Oo...gangguan mental when Im with both of u..

1 comment:

orkid'scyL said...

SAHABAT @ KAWAN

Kawan i love u