Sunday, August 1, 2010

Rumah papan nyaris hanyut akibat banjir kilat

KENINGAU: Sebuah rumah papan di Kg. Lingkudau nyaris hanyut akibat banjir kilat sungai Bariawa pada kira-kira jam 5.00 pada petang Isnin lepas.
Walau bagaimanapun penghuni rumah itu sempat berpindah dan membawa keluar barang-barang mereka sebelum paras air naik.
Menurut Pemaju Mukim Lingkudau, Amir Jani, rumah itu dihuni oleh sembilan orang itu sebelum ini pernah ditenggelami air pada banjir kilat beberapa bulan yang lalu di mana pada ketika itu tebing runtuh dan hampir memusnahkan rumah itu.
Namun pada pada kali ini katanya, rumah berkenaan sudah condong dan beberapa strukturnya mengalami kerosakan.
“Kini ia tidak selamat digunakan lagi kerana ia sudah condong dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi atau sungai yang berhampiran,” katanya.
Beliau berkata, rumah itu masih menjadi tempat tinggal saudara mereka yang kurang mampu walaupun pemilik asal rumah itu, Norjana Jani, sudah berpindah di rumah yang baru.
Justeru itu Amir berharap, pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera dan meluluskan bantuan rumah kepada keluarga terbabit di bawah Program Bantuan Rumah untuk keluarga miskin.
Amir memberitahu, keluarga terbabit memang tersenarai dalam e-kasih namun sehingga kini mereka belum mendapat bantuan rumah.
Jelasnya, sejak rumah usang itu condong akibat banjir kilat itu pada Isnin, keluarga terbabit hanya menumpang di rumah ahli keluarga sementara waktu.
Katanya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan Liawan telah membuat tinjauan pada Selasa.

Me; Kg.Lingkudau? Dimana ni ar?? Kesian dorang..

No comments: