Friday, May 14, 2010

Hidup dalam tekanan dan kekecewaan..

Luv ths article..

Antara “Pepatah dari Neraka” oleh William Blake yang selalu dikeji ialah, “Bunuh seorang bayi di dalam buaiannya daripada dia membesar dengan niat yang tidak diingini.” Kenyataan ini mengandungi pelbagai makna tersirat yang boleh ditafsirkan namun pada dasarnya ia merujuk generasi kita.

Pada hari ini, secara dalamannya kebanyakan kita tidak mahu dan tidak rela memikul tekanan untuk jangka masa yang lama, tidak mahu hidup di dalam kekecewaan, menolak ketidak sempurnaan, mahu sentiasa tenang di dalam setiap situasi di dalam hidup kita, mahu berasa selesa dengan diri sendiri dan hidup gembira tanpa kepuasan seks. Sudah tentu, pada akhirnya kita tidak mempunyai pilihan. Kita bukanlah manusia yang hebat dan harus menerima serta hidup di dalam tekanan dan ketidaksempurnaan.

Meskipun begitu, tanpa rasa sabar kita terus bergelut untuk hidup sempurna, tubuh yang tidak pernah rehat demi mencapai kesempurnaan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti tambahan. Secara emosi dan moral inilah kelemahan kita. Generasi kita mempunyai beberapa emosi dan kualiti moral yang baik tetapi kesabaran, kemurnian, kegembiraan akan keadaan yang terbatas, kebolehan untuk menghadapi tekanan bukanlah kekuatan kita.

Kesan daripada kelemahan menghadapi tekanan ini bukan sahaja dapat dilihat di dalam pergelutan kita untuk taat di dalam iman tetapi juga di dalam komitmen- komitmen perhubungan kita. Kita menjadikan komitmen perkahwinan untuk hidup bersama selamanya sesuatu yang sukar kerana kita susah untuk menerima bahawa mana-mana perkahwinan, tidak kira betapa bahagiapun ia tidak dapat mengusir rasa kesepian kita.

Kita mencemarkan seksualiti dan menolak kaitannya dengan alam perkahwinan kerana kita tidak dapat menerima seks adalah terbatas di dalam komitmen perkahwinan sahaja. Kita mempunyai fikiran bahawa kaul hidup bujang adalah mustahil kerana pada pendapat kita, tidak seorang pun yang harus menanggung tekanan seksual sepanjang hayat. Dan, yang lebih menyakitkan lagi ialah kita menenun kegelisahan yang panjang di dalam diri kita kerana tidak dapat menerima ketidaksempurnaan hidup, menyeksa diri sendiri dengan pemikiran bahawa kita telah ketinggalan sesuatu di dalam hidup atau memikirkan kita seharusnya hidup dengan sempurna dan menganggap simfoni-simfoni yang kita sangat rindukan harus menjadi milik kita. Kesalahan ini bukanlah sepenuhnya dari kita.

Kebanyakan ini berpunca daripada mereka yang seharusnya mempersiapkan kita namun mereka tidak melengkapkan kita dengan bimbingan emosi dan psaikologi untuk menerima kekecewaan yang lazim berlaku di dalam hidup serta menegaskan mengenai penyangkalan akan keseronokan duniawi. Ringkasnya, ramai di antara kita yang tidak diajar bahawa hidup ini adalah sukar bahawa kita harus menghabiskan masa menunggu dengan pelbagai jenis perasaan seperti kecewaan dan ini merupakan perkara biasa.

Ramai di antara kita dibiarkan atau diberikan satu set harapan yang palsu. Kita juga diberikan tanggapan bahawa kita boleh mendapatkan semua yang kita mahu, bergembira tanpa rasa bersalah dan bersifat mesra tanpa memberi amaran bahawa perasaan kecewa atau kesepian pasti akan berlaku. Apa yang lebih buruk ialah ramai di antara kita tidak diberikan kebenaran atau dibiarkan mengecapi rasa hidup kecewa, untuk menerima kekecewaan itu dengan tenang kerana sedar ia adalah sebahagian dari hidup kita. Kita tidak diberikan peluang untuk menerima bahawa kekecewaan itu adalah satu lumrah alam, perkara yang biasa akan berlaku dan menerima diri serta hidup kita seadanya kerana di sebalik kekecewaan atau kesedihan, pasti kita dapat menemui kegembiraan.

Saya merupakan sebahagian daripada generasi yang diajar oleh pemimpin-pemimpin terdahulu mengenai ketabahan di dalam moral dan agama. Hal ini diajar oleh ibubapa saya yang mempunyai pendidikan mendalam mengenai konsep dosa asal. Mereka sepakat menyatakan diri mereka sebagai ‘berkabung dan menangis di lembah kegelapan.’ Pandangan yang mempercayai bahawa setiap sudut di dalam hidup abadi ini diiringi dengan kesedihan,akan membuatkan mereka cekal dan tidak terlalu asyik memikirkan kesedihan. Malah, ia memberikan mereka kebenaran untuk menerima keterbatasan di dalam hidup dan keadaan hidup mereka dan ironinya, mereka akan menemui kegembiraan meskipun tidak sempurna kerana mereka tidak mengharapkan kesempurnaan.

Mereka memahami bahawa ia adalah normal untuk berasa kecewa, tidak semestinya mendapat apa yang diingini, mempunyai hidup yang tidak sempurna dan menerima bahawa di dalam hidup ini kita akan mengalami kekurangan daripada kepuasan. Kebanyakan kita akan belajar mengenai hal ini melalui cara yang sukar, melalui pengalaman pahit, airmata kesedihan dan keletihan untuk mengatasi kekosongan yang kita tahu ia adalah kelaparan bukan kepuasan dan ini adalah lumrah alam. Seperti Karl Rahner pernah menyatakan: Menghadapi penderitaan kerana tidak mendapat segala yang kita inginkan tetapi akhirnya kita mempelajari bahawa di dalam hidup ini, semua simfoni tidak akan berkesudahan.

Pelbagai kebijaksanaan dan kematangan menjadikan atau menukarkan kita sebagai seorang pertapa. Kita mungkin seperti anak kecil yang meronta-ronta mahu melepaskan diri daripada pegangan ibunya namun kita akan menjadi penat, berhenti meraung dan tahan sakit serta menerima kekecewaan itu sebagai sesuatu yang lazim meskipun ianya susah untuk diterima. Dan saya ingin mengubah pepatah Blake: Lebih baik membunuh seorang bayi di dalam buaian… melainkan anda memberikan anak itu satu set harapan yang realistik iaitu menghadapi dengan tabah keinginan dan kekecewaan yang tidak akan berakhir. — Fr Ron Rolheiser


Herald Malaysia

No comments: