Monday, June 6, 2011

Gula Gula yang seksi

DITULIS OLEH ROSLI MANAH    ISNIN, 23 MEI 2011 17:33   



Hari ini konsep muzik dan fesyen dari Korea yang dikenali sebagai  K Pop menguasai carta. Peminat mereka merata di seluruh dunia. Malaysia juga dilanda demam K Pop. Persembahan mereka mendapat sambutan, lagu-lagu juga ada pasaran.
Malah fesyen yang digayakan oleh anggota kumpulan dari Korea juga jadi ikutan. 
Sebab itulah banyak kumpulan baru dari Malaysia bangun dengan memanjangkan rupa dan bunyi muzik dari sana. 
Salah sebuahnya, kumpulan enam wanita yang menggelarkan diri sebagai Gula Gula.
Setelah melalui ujibakat yang  dihadiri lebih 200 orang pada September 2010, mereka yang terpilih untuk menggangotai  Gula Gula berdasarkan kebolehan dalam nyanyian, menari dan komitmen. Paras rupa yang menarik juga antara kreteria pemilihan.

MAMPUKAH GULA GULA PIKAT PEMINAT?


Gula Gula bernaung di bawah Eight Tones Communications Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai pihak pengurusan. Orang yang bertanggungjawap menubuhkan kumpulan Gula Gula ialah komposer terkenal Hadi Hassan yang juga bertindak sebagai penerbit.
Siapa Gula Gula?
Siapa anggota Gula Gula yang tampil dengan imej seksi ini? Mari berkenalan dengan mereka. Mereka tak anggap penampilan sebagai seksi sebaliknya mengikut arus fesyen masa kini.
Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, dari Selangor seorang lepasan diploma dalam jurusan Komunikasi dan Media. Anak ketiga daripada lima beradik ini mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik sehingga mendorongnya untuk menceburi bidang nyanyian dan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

APA YANG DIPERJUANGKAN GULA GULA?




Erwina, 23, dari Kota Belud, Sabah dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Erwina seorang pengemar muzik sejak kecil lagi. Sejak  zaman persekolahan  Erwina aktif di dalam pertandingan koir yang dianjurkan oleh sekolahnya. Erwina sekarang pelajar peringkat Diploma dalam jurusan muzik di UiTM.
Rozalia Siteo (Achie), 21, dilahirkan di Keningau, Sabah mula menjejakkan kaki dalam dunia nyanyian sejak berada di bangku sekolah.  Selain genre K-pop, graduan jurusan teknologi makmal perubadan itu juga gemar mendengar muzik R&B, jazz, akustik dan balada.
Joyce Antonius  (Joy), 21,  berasal dari Keningau, Sabah ini boleh bermain gitar, piano dan mencipta lagu. Dia juga pelajar bidang muzik di UiTM.
Nooraishah Ibrahim (Chacha), 22,  dari Kuala Lumpur juga sangat meminati muzik dan tarian.
Dia mempunyai kelulusan peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei),  21, dari Sabah pula berdarah campuran Cina, Thailand dan Kadasan Dusun. Dia masih belajar dalam jurusan rekaan dalaman dan amat meminati bidang nyanyian. 
Mei Mei juga berpengalaman menyanyi beberapa lagu iklan.
"Memandangkan genre K-Pop menjadi kegilaan remaja Malaysia masa kini, saya terpanggil untuk menyahut kekosongan ini di persada muzik tempatan," kata Hadi yang juga adik kepada Salamiah Hassan.

1 comment:

Belle Edwin said...

di dominasi oleh sabahan.. :)