Wednesday, February 26, 2014

30 Minggu Baby masih melintang. Tenang. Tenang



Pagi tadi pergi Check Up la macam biasa. Tapi sekarang check up 2 minggu sekali. Bukan lagi Sebulan sekali ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
 
Rasa macam sekejap saja, dah masuk 30minggu. Masa mula-mula mengandung dulu rasa lama sangat. Excited sangat dan X sabar mau masuk 7-9 bulan gitu. Now dah masuk punnnn 30 minggu. Lagi 2 minggu dah masuk 32 minggu, 8 bulan la kiranya tu. Haih cepat masa berlalu ah.. Nda sedar si kawang.
Tapi bila tengok perut, masih lagi Nampak selim melim gitueww (perasan japs)
Xda lah slim sangat. Xnampak macam 30minggu aka 7 bulan bah. Ah biarlah. Yang penting baby sihat. 

Aritu pegi scan di Klinik Apin-apin,Keningau, Dr tu ada cakap baby dalam perut songsang. Melintang. Okay masa tu masih awal. Dr pun ada cakap juga masih awal so don’t worry be happy. Nanti baby pandai pusing juga tu. I was in 2nd trimester (rasanya 18weeks)

Okay, balik cerita pagi tadi.. Pagi tadi pegi scan anddddd Dr cakap “baby awak ada songsang sikit eh. Kepala baby melintang ni. Kepala di sebelah kanan.” Masa tu hati dah dup dap. Teringat DR di Keningau cakap baby melintang. Haih risau. Tapi demi anakku yang comel loteh dan pandai macam mummy and daddy dia ni, aku gagahkan diri. Happykan diri. Aisehmen!!!
Mungkin masa tu baby tau DR sdg scan kut.. Tu yang dia dalam posisi mcm tu... :)

Ada lagi… Dr cek buku merah, tengok dah 30 minggu. Pastu Tanya samada betul atau LMP tu. Tiba-tiba dia cakap “ukuran baby awak ni masih dalam 28 minggu tapi dalam buku ni dah 30 minggu. Kalau ikutkan LMP,baby awak mmg dah 30 minggu lebih”. 

I was like.. emmm…

Pastu Dr suruh datang lagi 2 minggu, mau scan ukuran baby.

Bah! Harap2 masa scan tu nanti baby ok. Comel bah anak mummy ni.. Pandai lg. heee
Hopefully..
Nanti sambung!
Babai!

Ada X mummy di luar sana yang macam ni? Share pengalaman sket, boleh? :)

Wednesday, December 4, 2013

Tuesday, May 7, 2013

Kirana

Special post untuk kawan yang pernah menjadi teman aku selama 2 bulan..
Terima kasih untuk segalanya.
Semoga engkau tenang di sana.
I miss you so much.

Tuesday, January 22, 2013

Kisah hujung bulan

Aku gerenti. Memang ramai yang melalui situasi sama, apa yang aku rasakan.
Bila hujung-hujung bulan saja confirm.. mula risau bab sewa bagai, bil api air, itu ini.. jyeah! Kita kerja memang untuk hidup. Bayar hutang.
Kalau X kerja, perut kosong. Ongkosnya ingga ada.

Peringatan untuk diri anda2 dan diri sendiri.
Bila ada $$ tu, sentiasalah beringat-ingat ketika berbelanja. Bukan ikut sedap hati saja. Jangan bila dah kering, baru rasa menyesal membazir beli itu ini.
Aku X bazir. Aku cuma bazir beli gadget (okay, itu pun bazir juga).

Bye.

Monday, January 21, 2013

Aku si P.E.L.U.PA.

AMARAN KERAS.

Tolong jangan tanya kenapa aku pelupa sebab aku sendiri Xtau kenapa aku pelupa tahap gaban!
Bukan sebab aku XFOKUS. Aku sendiri tak tau la weeii! 

Kau cakap 5 minit, aku dah LUPA lah!

Bye.

Semakin bosan tinggal sorang2 di KL

Penggunaan "aku" sekadar untuk memenuhi syarat2 blog sahaja (So that you guys can understand dan tidak ada unsur2 ke'kampung'an sangat. Aku bangga aku orang kampung. Peace yoh!)

Mungkin ada diantara kamu yang agak2 menyampah membaca status matus aku lately. 
Asyik2 hapdet 'sy nda suka tinggal di KL sudah' and so on. 

Aku minta maaaaaap deh. Yes aku tau, bosan tu tak baik untuk kesihatan dan sebagainya sebab akan membuatkan diri kita menjadi malas dan tidak bersemangat! Orang yang selalu bosan tu sebenarnya MALAS! Kecuali aku. perasan.

Bangun. Mandi. P keja. Balik keja, Mandi. Makan. Tidur. Bangun. Mandi. P keja. Balik keja. Mandi. Makan. Tidur. hahahahahahhaa.. rutin. Kadang2 aku workout. Itu pun seminggu or dua minggu sahaja. Takut jadi terlalu kurus. Sebab aku dah kurus wei! Yes, Aku memang muka tak malu. Perasan sepanjang hari. Bye! :P

Yes. Aku bosan dan aku semakin rindukan Sabah. Jauh disudut hati ini teringin juga mau rasa kerja di Sabah. Aku habis belajar di Kolej terus kerja di KL. Sumpah. Aku rindu.
Aku rasa ada banyak kebaikan jika aku kerja di Sabah. Jimat duit beli tiket kapal even 2 or sekali setahun balik Sabah. Bagi yang kerja government tu, UNTUNG ar! Free! Tahniah di ucapkan!  Gelak.
Dan banyaaaaak lagi!!! 
Sabah sudah maju bah :)

Kenapa aku bosan?

1. Sebab aku jauh dari family. Kalau aku sakit, siapa yang mau jaga? Soalan bajet minta kesian. Jangan terpedaya. Jaga diri sendiri lah! Berdikari! hehe

2. Aku tak suka tinggal dengan orang yang berat tulang. Ini rumah, bukan kandang ayam dan yang seangkatan dengannya. 

3. Aku sememangnya R.I.N.D.U dengan family! Okay, sebab musabab ni sama dengan no 1. Saja mau memperbanyakkan sebab! :P

4. Kalau ada apa2 yang terjadi dengan aku disini, takut pula X sempat jumpa family. Palis2!!!!! Simpang malaikat 44. Kita Xtau apa yang akan terjadi dengan kita esok, lusa, tulat, bulan depan, blah3....

5. Akan difikirkan kemudian. Tapi yang pasti memang aku dah bosan! Harap maaf. :)

Kalau aku kerja di Sabah, sekurang-kurangnya aku boleh balik bila2 masa yang aku suka. Dan aku boleh jumpa family aku dengan lebih kerap!. I repeat, kerap. Selalu. Terasa dekat di hati. Awww :)

Sekian untuk malam ni.
Bye.

Thursday, September 27, 2012

Sesi mengarut episod 1


Sebelum anda teruskan membaca, saya minta maaf kalau ada yang tersilap or anything yang X betul. Please, betulkan kalau saya salah dan minta maaf juga kalau X aham apa yang saya tulis. Ayat berterabur sikit. :P

So many things happened lately. Yang baik dan buruk pun ada juga tapi itulah yang dinamakan life.
Some people sukakan cabaran hidup but some of us prefer sebaliknya.
#Benci bila mau menulis saja, semua idea hilang begitu saja. Pastu ayat berterabur. Kesimpulannya, harus banyakkan membaca and menulis! J

Okay, kita mulakan dengan orang yang suka complain sebelum buat sesuatu pekerjaan.
Saya X cakap saya ni rajin or what so ever but yes, I’m workaholic. I love money. Tapi itu tidak bermakna saya ni mata duitan. I EARNED it! :)

Itu normal. Kadang2 saya sendiri pun akan complain benda yang sama tapi bila fikirkan balik, semua itu berpunca dari kita juga. Mungkin kita X selesaikan kerja or apa2 sahaja dengan sempurna. Apa kata kalau kita kurang-kurangkan complain dan tingkatkan mutu kerja kita? Well, kita X rugi sebab dapat belajar benda baru, tingkatkan tahap kerajinan diri. Itu semua untuk kebaikan diri sendiri juga bah:).

Belum buat tapi dah complain.
Seriously, saya sangat geram bila berdepan dengan situasi macam ni. I’ve been through this. Apa salahnya kita cuba buat dulu apa yang dirancang? Kalau X dapat buat, barulah tukar cara lain, fikirkan cara yang lebih efektif, yang lebih senang mau ikut. Kan senang hidup macam tu? Xda la masam muka sini sana. Dapat juga belajar benda baru. Kan? Siyes X rugi.

Sambung esok.
Kbai.
Layan lagu Judika sebelum tidur :)